Pages

Thursday, November 13, 2008

Selamat datang ke Blog PPMS


Alhamdulillah... sebuah NGO telah dilahirkan di Kuantan Pahang dengan nama penuhnya 'Persatuan Pembimbing Masyarakat Sejahtera' pada tanggal 23 Oktober 2008 dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Memfokuskan kepada masyarakat, NGO ini diharap dapat membawa mesej yang akan dapat mencorakkan pemikiran dan pembentukan masyarakat yang sejahtera. Ianya juga menyediakan platform bagi ahli persatuan untuk menyumbang dan menyalurkan segala bentuk kepakaran yang ada dalam aktiviti dan kegiatan bersifat membentuk rohani, intelektual, emosi dan jasmani yang akan dilaksanakan kelak.

Sekadar ini dahulu coretan awal admin blog agar sama-sama penubuhan awal NGO ini dapat dihayati oleh pelawat dan pengunjung blog PPMS. Nantikan aluan daripada Presiden PPMS pada posting yang akan datang.

Sekian, wassalaam.

0 komen:

Post a Comment