::PPMS berwajah baru::

Tahun 2013 membawa nafas baru kepada PPMS dengan barisan kepimpinan yang baharu untuk membawa masyarakat Malaysia lebih SEJAHTERA.

::Ke arah masyarakat yang berakhlak mulia::

"Hanyasanya aku ( Muhammad ) diutuskan ( oleh Allah Taala ) bagi menyempurnakan akhlak yang mulia" (HR Malik).

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

::Hasrat Kami::

Semoga masyarakat akan terdidik dengan budaya dan cara hidup Islam berlandaskan Al-Quran dan Sunnah serta norma-norma budaya ketimuran.

Pages

Monday, November 17, 2008

Kem Personaliti Unggul 2008

Program pertama yang akan dianjurkan oleh PPMS adalah seperti pada banner di atas. Program yang diberi nama Kem Personaliti Unggul 2008 mempunyai matlamat untuk mendidik dan menjernihkan jiwa dan hati adik-adik kita yang berada di alam persekolahan dan remaja. Aturcara program adalah seperti berikut:

Ahad 14 Disember 2008
4 ptg: pendaftaran
6 ptg: makan malam & bersiap
7 mlm: solat maghrib berjemaah
7.30mlm: Tokoh Cemerlang I
oleh Ust Hazmi Dibok
8.30 mlm: Solat Isya'
9.15 mlm: Sesi Aku ingin Mengenali dan dikenali
11.30 mlm: Berehat

Isnin 15 Disember 2008
5.30 pg: Bersiap untuk solat subuh
6.00 pg: Solat Subuh
6.15 pg: Tokoh Cemerlang II
oleh Ust Zuridan Daud
7.00 pg: Munajat : Aku Menginsafi diri
7.15 pg: Slot Sihatkan Tubuh
7.45 pg: Makan Pagi, bersiap
9.00 pg: Slot Motivasi I
12.00 tgh: Makan tengahari
1.00 ptg: Solat Zohor
2.00 ptg: Slot Motivasi II
4.00 ptg: Solat Asar
4.45 ptg: Slot Bila Peluhku Memercik
6.00 ptg: Makan Malam dan bersiap
7.00 mlm: solat maghrib berjemaah
7.30 mlm: Tokoh Cemerlang III
oleh Ust Hazmi Dibok
8.30 mlm: Solat Isya'
9.15 mlm: Slot Sembang-sembang Berisi
11.30 mlm: Berehat

Selasa 16 Disember 2008
5.30 pg: Bersiap untuk solat subuh
6.00 pg: Solat Subuh
6.15 pg: Tokoh Cemerlang III
oleh Ust Zainuddin Zakaria
7.00 pg: Munajat : Aku Menginsafi diri
7.15 pg: Slot Sihatkan Tubuh
7.45 pg: Makan Pagi, bersiap
9.00 pg: Slot Motivasi III
12.00 tgh: Makan tengahari
1.00 ptg: Solat Zohor
2.00 ptg: Slot Muhasabah
4.00 ptg: Solat Asar
4.45 ptg: Sesi Penutup
5.45 ptg: Tamat

Sebahagian maklumat juga ada diletakkan pada sidebar sebelah kiri blog ini. Pembimbing utama untuk slot motivasi oleh Cikgu Raja Ismail Raja Shahdan. Marilah kita beramai-ramai menghantar anak-anak demi kejernihan minda dan hati mereka membina personaliti unggul.

wassalaam.

Thursday, November 13, 2008

Selamat datang ke Blog PPMS


Alhamdulillah... sebuah NGO telah dilahirkan di Kuantan Pahang dengan nama penuhnya 'Persatuan Pembimbing Masyarakat Sejahtera' pada tanggal 23 Oktober 2008 dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Memfokuskan kepada masyarakat, NGO ini diharap dapat membawa mesej yang akan dapat mencorakkan pemikiran dan pembentukan masyarakat yang sejahtera. Ianya juga menyediakan platform bagi ahli persatuan untuk menyumbang dan menyalurkan segala bentuk kepakaran yang ada dalam aktiviti dan kegiatan bersifat membentuk rohani, intelektual, emosi dan jasmani yang akan dilaksanakan kelak.

Sekadar ini dahulu coretan awal admin blog agar sama-sama penubuhan awal NGO ini dapat dihayati oleh pelawat dan pengunjung blog PPMS. Nantikan aluan daripada Presiden PPMS pada posting yang akan datang.

Sekian, wassalaam.