::PPMS berwajah baru::

Tahun 2013 membawa nafas baru kepada PPMS dengan barisan kepimpinan yang baharu untuk membawa masyarakat Malaysia lebih SEJAHTERA.

::Ke arah masyarakat yang berakhlak mulia::

"Hanyasanya aku ( Muhammad ) diutuskan ( oleh Allah Taala ) bagi menyempurnakan akhlak yang mulia" (HR Malik).

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

::Hasrat Kami::

Semoga masyarakat akan terdidik dengan budaya dan cara hidup Islam berlandaskan Al-Quran dan Sunnah serta norma-norma budaya ketimuran.

Pages

Thursday, January 17, 2013

Carta Organisasi


Latarbelakang Penubuhan PPMS


Monday, February 21, 2011

Jom berniaga di MESEJ 2011!

Sempena MESEJ 2011 pada 26 Februari ini, sebanyak 10 lot gerai disediakan untuk memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha kecil mencari sedikit keuntungan.

Masih terdapat kekosongan..Bagi pengusaha yang berminat, sila hubungi En. Aidil dalam kadar waktu yang segera di talian 013-7721657 atau email ke aidilshafiza@gmail.com.

Bayaran sewa gerai amat berpatutan dan insya Allah diharapkan sambutan pengunjung juga akan menggalakkan terutamanya dari warga Felda Panching Selatan yang sporting abis...

Jumpa di sana....

KARNIVAL MASYARAKAT SEJAHTERA 2011 (MESEJ 2011)

TARIKH
26 FEBRUARI 2011

HARI
SABTU

TEMPAT
PERKARANGAN MASJID FELDA PANCHING SELATAN,
KUANTAN, PAHANG.
Align Center
AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK

Gerai- gerai jualan
Kempen Derma Darah
Khidmat Rawatan Perubatan Islam
Khidmat Pemeriksaan Kesihatan
Ceramah Kesihatan Wanita
Motivasi Pelajar dan Remaja
Sukaneka
Pertandingan dan permainan
Forum Muqarrabin
Cabutan bertuah

Seluruh warga negeri Pahang dijemput hadir.

"Ke Arah Mewujudkan Masyarakat Sejahtera"

Tuesday, November 30, 2010

Jamuan Aidilfitri PPMS 2010

Walaupun kita dah selesai menyambut hari raya Aidiladha, namun kehangatan sambutan Hari Raya Aidilfitri PPMS yang diadakan pada 26 September 2010 dahulu masih lagi terasa...Apa tidaknya konsep "POT LUCK" yang jarang-jarang diadakan untuk sesebuah majlis 'Open House' tambah-tambah lagi melibatkan jemputan pihak luar iaitu peserta-peserta Fuiyo Ramadhan dan ibu bapa dari SK Felda Panching Utara, tentunya sesuatu tidak terlintas di fikiran kebanyakan kita...

Namun alhamdulillah jamuan berkonsepkan Pot Luck yang diadakan di Dewan Palma, Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan ini, telah berjaya diadakan dalam suasana yang cukup meriah dan harmoni.. Apa yang istimewa, menu yang dihidangkan hari itu hasil sumbangan ikhlas setiap ahli PPMS yang hadir...walaupun pada awalnya kelihatan hidangan seperti tidak mampu menampung bilangan tetamu yang hadir, namun 'keberkatan' yang terhasil dari konsep sumbangan ikhlas ini telah dapat menjamu selera secukupnya buat semua hadirin yang hadir.

Di pihak PPMS, terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir terutamanya guru-guru, ibu-bapa dan murid-murid dari SK Felda Panching Utara yang datang dari jauh semata-mata untuk memenuhi undangan pihak kami.

Nantikan aktiviti PPMS terbaru dalam waktu terdekat.....jazakallah.




Monday, September 6, 2010

FUIYO RAMADHAN 2010 BERLANGSUNG MERIAH



Seawal pagi 11 Ramadhan 1423H bersamaan 21 Ogos 2010, para fasilitator Persatuan Pembimbing Masyarakat Sejahtera Pahang (PPMS) telah berkumpul di perkarangan Masjid Felda Sg. Panching Utara, Pahang untuk menjayakan program Fasting With Youth atau ringkasnya FUIYO Ramadhan 2010.


Program ini adalah susulan daripada program MESEJ2010 yang telah diadakan di felda Sg. Panching Utara pada 26 Jun 2010 yang lalu. Berbeza dengan MESEJ2010 yang mensasarkan penglibatan semua peringkat usia, FUIYO Ramadhan lebih memfokuskan kepada pelajar-pelajar sekolah di peringkat usia 9 ke 12 tahun.


Program FUIYO Ramadhan 2010 ini telah dijalankan dengan kerjasama antara PPMS dan Persatuan Alumni Politeknik Sultan Azlan Shah (POLISAS) di mana Alumni POLISAS telah menjadi penaja utama dari segi hadiah dan jamuan berbuka puasa. Selain itu program yang julung kali diadakan ini juga telah mendapat kerjasama yang amat baik daripada pihak pengurusan Felda, JKKK dan pengurusan sekolah SK Felda Sg. Panching Utara terutamanya dari Pengerusi JKKK iaitu Tn. Haji Jamaludin dan guru besar SK Panching Utara, Cikgu Roslan. Selain itu penghargaan tidak terhingga juga kepada guru-guru yang terlibat sebagai pemerhati sepanjang program ini berlangsung.
Menariknya walaupun program ini dijalankan ketika umat Islam sedang berpuasa namun ianya telah berjaya menarik penyertaan seramai 52 orang para pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Sg. Panching Utara selain barisan fasilitator yang terdiri daripada ahli-ahli PPMS sendiri.


Antara pengisian dalam FUIYO Ramadhan kali ini ialah para peserta dibawa mengenali nama-nama 25 rasul melalui lagu nyanyian kumpulan Raihan bertajuk ‘25 rasul’. Paling membanggakan apabila terdapat beberapa orang peserta yang telah berjaya menghafal kesemua nama 25 rasul setelah selesai slot berkenaan. Seterusnya peserta diajak menghayati sifat rasulullah dan kegigihan baginda berdakwah agar dapat dicontohi oleh peserta dalam proses pembelajaran di sekolah.

Dalam program ini juga, para peserta diterapkan dengan nilai-nilai murni dan sikap yang perlu ada pada seseorang pelajar melalui slot ‘Si Buta’. Melalui slot ini mereka diberi kesedaran bahawa dalam proses menuntut ilmu akan ada gangguan-gangguan yang cuba menghalang fokus mereka terhadap pelajaran. Justeru peserta perlu tahu menilai dan mengenalpasti gangguan-gangguan tersebut supaya tidak terpengaruh dan akhirnya menggagalkan mereka untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran.


Di sebelah petang, diadakan slot tayangan video di mana peserta dibawa menyaksikan filem animasi kisah Nabi Muhammad saw. Ternyata filem ini berjaya menarik perhatian sebahagian peserta yang kelihatan begitu khusyuk menghayati filem berkenaan. Seharusnya lebih banyak filem berbentuk pengajaran sebegini dihasilkan untuk tatapan anak-anak muda masa kini yang sebenarnya masih tercari-cari identiti dan hala tuju untuk diikuti. Syukur melalui program ini sekurang-kurangnya mereka mendapat sedikit sebanyak pendedahan bahawa hiburan tidak semestinya terbatas kepada nyanyian atau filem sajian barat semata-mata.


Dalam program ini juga, apa yang menarik ialah sepanjang program peserta berpeluang bersolat secara berjamaah bersama-sama qariah masjid pada waktu zuhur dan asar. Sebaik selepas selesai solat asar, para peserta yang masih kelihatan bertenaga dan semakin bersemangat meneruskan pula aktiviti ‘Permainan Periuk Api’. Dalam permainan ini, peserta diberi kesedaran betapa pentingnya untuk merancang strategi dan melakukan perbincangan dalam kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat. Dua perkara ini jika diamalkan dalam proses pembelajaran, pasti akan membantu mereka untuk memperolehi keputusan yang baik dalam pelajaran.


Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah diadakan sekitar jam 5.30 petang. Setiap peserta menerima cenderamata daripada PPMS sebagai tanda penghargaan di atas penyertaan mereka. Seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan pula telah dipilih sebagai peserta terbaik dan menerima cenderamata sumbangan Alumni Polisas. Peserta lelaki terbaik ialah adik Harith Iskandar Bin Abdul Aziz dan peserta perempuan terbaik ialah adik Nur Qistina Bin Mohd Azmi. Manakala kumpulan terbaik telah menerima hadiah berbentuk hamper. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tn. Haji Jamaludin selaku Pengerusi JKKK Felda, En. Nazri selaku Penolong Pengurus Felda, Dr. Azhar Kamaludin selaku Pengerusi PPMS, dan saudara Nik Mohd Haikal selaku pengarah program Fuiyo Ramadhan 2010.





Ketua Kumpulan 5, pemenang kategori kumpulan terbaik menerima hadiah daripada Tuan Haji Jamaludin, Pengerusi JKKK Felda Sg. Panching Utara.



Hadiah untuk pemenang peserta lelaki dan perempuan terbaik disampaikan oleh Encik Nazri selaku Penolong Pengurus Felda Sg. Panching Utara.



Sebelum masuk waktu berbuka puasa, para peserta dibawa mengikuti tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Dr. Mansur daripada Universiti Malaysia Pahang. Antara mesej yang disampaikan dalam tazkirah tersebut ialah pengajaran daripada ibadah puasa, perlunya menghormati ibu dan bapa dan kepentingan mencontohi akhlak dan sikap rasulullah untuk berjaya.



Kemuncak acara adalah program berbuka puasa di antara semua peserta, fasilitator dan ajk masjid. Peserta dihidangkan dengan menu istimewa pilihan peserta sendiri iaitu Nasi Ayam masakan catherer kantin sekolah SK Panching Utara. Pihak urusetia mengucapkan ribuan terima kasih atas jamuan yang disediakan.

Bagi pihak penganjur, PPMS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Alhamdulillah matlamat PPMS untuk mendekati masyarakat dan menyumbang usaha ke arah membentuk masyarakat sejahtera sedikit sebanyak telah tercapai melalui program ini.
Insya Allah untuk program terdekat ini PPMS sedang merancang untuk mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya yang maklumat terperincinya akan dimaklumkan tidak lama lagi. Jazakallah, wassalam.

Tuesday, February 2, 2010

PPMS Bertukar Pimpinan


Tunggukan pengumuman pimpinan baru PPMS yang akan datang setelah mesyuarat agung tahunannya berlangsung dengan jayanya.

Selamat tahun baru Hijrah dan Masihi walaupun telah hampir sebulan. InsyaAllah, sebarang aktiviti PPMS selepas ini akan dikemaskini oleh pimpinan baru dari semasa ke semasa.

Mohon maaf jika admin tidak sempat untuk menilai isi kandungan mahupun melaporkan perkembangan terbaru PPMS hampir setahun bagi tahun 2009. Moga tahun 2010 membuka lembaran baru bagi PPMS mengorak langkah bekerja dan memberi impak kepada masyarakat supaya kehadirannya dirasai oleh umum.

Dari,

Admin blogspot.