::PPMS berwajah baru::

Tahun 2013 membawa nafas baru kepada PPMS dengan barisan kepimpinan yang baharu untuk membawa masyarakat Malaysia lebih SEJAHTERA.

::Ke arah masyarakat yang berakhlak mulia::

"Hanyasanya aku ( Muhammad ) diutuskan ( oleh Allah Taala ) bagi menyempurnakan akhlak yang mulia" (HR Malik).

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

::Hasrat Kami::

Semoga masyarakat akan terdidik dengan budaya dan cara hidup Islam berlandaskan Al-Quran dan Sunnah serta norma-norma budaya ketimuran.

Pages

Wednesday, August 5, 2009

PEMAKLUMAN PENTING - HALAQAH ILMU IHYA' RAMADHAN 1430H!



HALAQAH ILMU SEMPENA PERSEDIAAN IHYA' RAMADHAN 1430H



AnJuRaN :

PERSATUAN PEMBIMBING MASYARAKAT SEJAHTERA (PPMS)



TaRiKh :

8HB OGOS 2009 (SABTU)



MaSa :

8.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI



TeMpAt :

DEWAN SEKOLAH ISLAM AL-IRSYAD




PeNgIsIaN uTaMa :



(1)

"PENGHAYATAN DAN PENGURUSAN IBADAH RAMADHAN"

OLEH : AL-FADHIL USTAZ ZURIDAN BIN MOHD DAUD, PENSYARAH UMP


B.A DIRASAT ISLAMIAH, UNIVERSITI HASSAN 2, MOROCCO


M.A SYARIAH, UNIVERSITI AL-ALBAYT, JORDAN



(2)


"DISKUSI FIQH PUASA DAN IBADAH RAMADHAN"

AL-FADHIL USTAZ AHMAD TIRMIZI BIN TAHA, PENSYARAH UDM


B.A (HONS) TAFAQQUH FID-DIN, KOLEJ UGAMA SULTAN ZAINAL ABIDIN


B.A (HONS) SYARIAH, UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR


M.A (HONS) SYARIAH, UNIVERSITI TERBUKA AMERIKA, MESIR



YuRaN pEnYeRtAaN :

DEWASA (RM5.00) SISWA/I (RM3.00)



Sebarang penyertaan boleh hubungi :

Rospi (0129886756)

Haikal (0199815139)



DAFTAR DAHULU DENGAN SEGERA, YURAN PENYERTAAN DISERAHKAN SEMASA PENDAFTARAN PROGRAM


SERTAILAH BERAMAI-RAMAI!


MARI BERSAMA KITA JADIKAN RAMADHAN 1430H AGAR LEBIH BERMAKNA!

Friday, January 16, 2009

NATO!


Petikan dari nurmutiara NS Bintulu Sarawak-15 Jan 2009.

No Action Talk Only (NATO) itulah ungkapan yang sering digunakan untuk mereka yang pandai cakap tapi tak buat apa2x. Dengan kata lain 'cakap tak serupa bikin'. Dalam kesengsaraan, kesedihan dan penderitaan yang dihadapi oleh penduduk Palestine yang dihujani kekejaman Israel; kita di Malaysia masih lagi selesa dan terleka.

Kita kata kita kasihankan Palentine namun kita masih makan produk Israel
McD jadi sarapan pagi dan Starbucks jadi pilihan hati
Kita kata kita benci Israel namun bibir kita jadi saksi
Coca cola terus beri inspirasi diri
yang asyik kita teguk setiap hari

Kita kata kita geramkan Israel namun mulut kita tak pernah diam
Satu persatu terus disedut, asap berkepul sampai kita semput
namun kita tak pernah tanam azam
berhenti merokok dan jaga kesihatan

Sampai bila kita nak jadi NATO?
6 dekad rakyat Palestine terseksa
namun kita masih leka dan alpa
hiburan israel jadi tatapan mata
gaya barat jadi pilihan kita
pakaian mereka juga ikutan anak2x remaja
hai sampai bila kita nak terus selesa
keluar duit pun nak berkira
hulur derma pun asyik dok berkata
yang lebih malang ada yang tak buat apa-apa
tengok ajelah, itulah senda

Malangnya kita jadi NATO
umpama berkokok berderai-derai, tahi berjurai-jurai
nyawa rakyat Palestine sudah tidak bernilai
bila kita telah hilang rasa simpati
bila telah hilang harga diri
bila hati tak rasa apa-apa lagi
itulah kita yang Allah cabut rasa prihatin
atas kemusnahan saudara sendiri...

Masihkah kita jadi NATO?
tepuk dada tanya iman


Sabda Rasulullah s.a.w:
"perumpamaan orang-orang yang beriman dalam cinta dan kasih sayangmereka adalah laksana sebatang tubuh, dimana bila salah satu anggotatubuh merasakan sakit, maka seluruh tubuh akan merasakan demam dan'kesulitan tidur'. (HR. Muslim)

Monday, January 5, 2009

Qardawi : Tiada siapa terkecuali daripada mempertahankan Gaza!

Sabtu, 03/01/2009 - Ulama' terkenal Islam , Sheikh Yusof Al-Qaradawi telah menegaskan Jumaat lalu bahawa ummah Muslim dari Maghribi ke Indonesia berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh.
"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut " ujar Qaradawi dalam satu ceramah beliau sebelum perhimpunan besar-besaran di Qatar, Doha.

Beliau turut menegaskan umat Islam perlu bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilai demi membantu saudara mara kita di Gaza.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx


Satu dunia bersuara derita Gaza

Amman, Jordan

Belfast, Ireland Utara

Cape Town , Afrika Selatan

Chicago, US

Helsinki , Finland

Istanbul, Turkey

London, England

Mexico City, Mexico

Montreal, Canada

New York, US

Saturday, January 3, 2009

Ucapan Tahun Baru

Assalaamualaikum wbt dan salam sejahtera….


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana masih memberikan kita peluang untuk untuk terus sujud menyembahNya pada saat dan ketika ini. Saya selaku Presiden PPMS ini rasanya belum terlewat untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1430H dan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua pembaca blog ini khususnya dan semua umat islam amnya.


Kebetulan pada tahun ini Maal Hijrah 1430H dan Tahun Baru 2009 disambut pada minggu yang sama. Tetapi dari pemerhatian saya terhadap warga umat Islam negara kita, mereka lebih tahu tentang tarikh tahun baru masihi 2009 berbanding tarikh tahun baru Islam 1430H. Ini amat menyedihkan dan saya boleh katakan yang fenomena ini di alami oleh seluruh dunia islam pada hari ini. Ini baru satu perkara yang dikategorikan furu’ dan belum melibatkan isu-isu umat islam yang lebih besar.



Sindrom pengabaian dan tidak cakna kepada ilmu adalah punca kepada permasalahan ini dan secara langsung atau tidak langsung ia menyumbang kepada kemunduran umat islam. Bukan sahaja mundur dari aspek fizikal tetapi mereka juga mundur dari aspek kerohanian dan akhlak malah lebih teruk lagi. Jika dilihat, diamati, direnungi, dikaji dan diselidiki tentang masalah sosial dan jenayah yang melibatkan kes sivil dan juvana pada hari ini, peratusan tertinggi ‘disumbangkan’ oleh umat islam. Semua orang akan bertanya kenapa ini boleh berlaku? Sebenarnya, jawapan ada pada diri kita sendiri tetapi kita hanya bercakap dan melemparkan tuduhan tetapi tidak memberi idea dan membantu untuk menyelesaikan masalah ini.



Atas kesedaran ini, kami dari kalangan tenaga profesional yang ada di sekitar Kuantan telah bersetuju untuk membantu menyelesaikan kekusutan umat ini. Pada 23 Oktober 2008, NGO kami Persatuan Pembimbing Masyarakat Sejatera (PPMS) telah diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan Kementerian Dalam Negeri (ROS) Cawangan Pahang. Objektif PPMS ini ada pada namanya iaitu ingin membimbing masyarakat kearah jalan hidup yang lebih sejahtera menurut pandangan Islam. Kami menumpukan kepada semua lapisan masyrakat kerana barah umat ini telah menyerang semua pihak.



Sekarang pihak kami sedang menyelesaikan beberapa lagi perkara yang melibatkan urusan teknikal sebelum membuka keahlian kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan idea, tenaga dan sebagainya di dalam persatuan ini.



Satu yang dikesalkan pada masa umat Islam dan dunia menyambut kedatangan tahun baru Hijrah dan Masihi dengan sinar harapan kehidupan yang lebih baik, umat Islam dan masyarakat di Palestin sedang bergelumang dengan hidup dan mati setiap saat dan ketika akibat kekejaman rejim Israel Laknatullah. Bilakah akan berakhir tragedi berdarah dan menyayat hati seluruh dunia ini. Maka dikesempatan ini, saya menyeru kepada semua masyarakat dunia yang cintakan keadilan, keamanan, kesejahteraan dan keharmonian hidup agar dapat melakukan sesuatu walau sekecil mana pun untuk mengutuk, memboikot dan menunjukkan protes kita terhadap kegilaan perang dan kemusnahan hidup bermasyarakat di Palestin kini. Semoga keamanan, kebebasan dan keadilan dapat tertegak untuk bumi Palestin khususnya dan kepada seluruh dunia amnya. Marilah kita berdoa agar tahun ini memberikan kebaikan kepada semua.


Saya selaku Presiden PPMS ini berharap kita semua dapat berubah kearah yang lebih baik dan benar-benar ikhlas dan jujur untuk melaksanakan azam kita masing-masing pada tahun ini.



Selamat Tahun Baru 1430H dan 2009M……..

Hijrah Dirai Masihi Dinanti…….